niat mandi sunat dan niat solat sunat aidiladha




Adalah disunatkan mandi ke atas seseorang itu sekalipun mereka tidak ingin menghadiri / pergi ke masjid untuk solat hari raya, sekalipun orang-orang perempuan yang dalam haidh dan nifas, kerana kedua-dua hari raya itu adalah hari berhias dengan pakaian-pakaian yang cantik dan bau-bauan yang harum. Oleh itu sewajarnya pada hari raya setiap orang mestilah bersih badannya dari kekotoran dan bau yang busuk.

DALIL

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas menyebut dengan katanya:

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يغتسل يوم الفطر ويوم الأضحى

Maksudnya : Adalah Rasulullah s.a.w mandi pada hari Aidilfiri dan hari Aidiladha

KAIFIAT / MASA MANDI

Masuk waktu mandi sunat 2 hari raya ini ialah di waktu pertengahan malam, iaitu kira-kira Jam 12 Malam, sekalipun disunatkan mandi 2 hariraya itu selepas terbit fajar sodiq dan berakhir waktu mandi 2 hariraya itu ialah setelah 'ghurub' tenggelamnya matahari pada hari raya itu.

Lafaz Niatnya:

نويت الغسل لعيدالاضحى سنة لله تعلى
NAWAITUL GHUSLA LI I’DIL ADHA SUNNATALLILAHI TAA’LA
“Sahaja aku mandi sunat hari raya adha (korban) kerana Allah S.W.T. Taa’la”.

Lafaz Niat Solat Hari Raya Aidiladha :
أُصَّلِي سُنَّةَ لِعيدِ الْفِطْرِ/لعيدالاضحى/ رَكْعَتَيْنِ أدأً مَأْمُومًا لِلَّهِ تَعَالَى . الله اكبر
USSALLI SUNNATA LI I’DIL ADHA RAKA’TAINI ADAAN MA’MUMAN LILLAHI TAA’LA.


source:
http://www.e-mosque.com.my/
http://www.gnesop.com/2010/09/panduan-mandi-sunat-aidilfitri-dan.html

You Might Also Like

0 rungutan

thanx for follow me...

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...