lakukan ibadah dari peringkat awal

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
ok, sempena bulan haji ni (zul hijjah),
harini aku nak bagi opinion pasal ibadah...

bg sesetengah org, ibadah itu suatu yang sukar untuk dilaksanakan
sedangkan perkara wajib pun menjadi begitu liat untuk dilakukan...
tetapi, jika dilatih dari peringkat awal,
kemungkinan untuk lancar beribadah itu adalah besar...
bak kata perpatah"melentur buluh biarlah dari rebungnya"
parent perlulah memainkan peranan dalam mendidik dari peringkat awal ini...
mulakan dari sebelum ibadah itu menjadi wajib bagi mereka(belum baligh)...
biar mereka berasa terpaksa dahulu tetapi ingat!
hendaklah sentiasa dipantau supaya tidak terpesong ibadahnya...

"Nabi Muhammad SAW menyuruh kita ajar anak solat sejak dari umur 7 tahun dan rotan kalau tidak solat bila umur 10 tahun.

Diriwayatkan daripada Amr bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). (Hadis riwayat Abu Daud)." [1]

bukan nak cakap yang ibadah ni tertumpu kat solat je,
tapi kan solat itu tiang agama...jadikan ia sebagai permulaan.
pada pendapat aku, tidak kisah lah jika mereka berasa terpaksa dahulu
lama kelamaan ia akan menjadi amalan juga...
disamping itu mereka akan menjadi mudah untuk membetulkan kesilapan dalam ibadah kerana telah mempunyai basic...


1. Ajar anak sembahyang (2009), viewed November 2 2011,

You Might Also Like

0 rungutan

thanx for follow me...

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...