RESEPI BISKUT COKLAT CHIP ALMOND (FAMOUS AMOS)
cuti semesta sudah pon tiba...tak tau nak buat ape?? suka buat biskut?? nih ade resepi untuk anda... nak beli biskut FAMOUS AMOS, mahal la pulak...buat sendiri la jawabnye...
Sumber : MrNamie
Di Olah : Fazeel
RESEPI BISKUT COKLAT CHIP ALMOND (FAMOUS AMOS)
Bahan-bahan :500g mentega
560g tepung gandum
20g serbuk koko
300g gula kastor
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil soda bikarbonat
4 sudu besar susu tepung
4 sudu besar tepung jagung
2 biji kuning telur
100g badam yang dicincang
200g coklat cip
Cara-cara :
1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanila hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Ayakkan tepung gandum, tepung jagung, susu tepung, soda bikarbonat dan serbuk koko ke dalam bahan yang dipukul tadi.Kemudian kacau hingga rata.
4. Masukkan coklat cip dan cincangan kacang.
5. Bentukkan adunan kedalam dulang pembakar mengiut kesukaan anda.
6. Bakar pada suhu 160°C selama 15-20 minit atau sehingga kekuningan.
7. Tunggu biskut sejuk sebelum masukkan ke dalam balang.
p/s: kalau suka manis bole tambah gula...yg dalam resepi ni less sugar...
4 rungutan